Ahad, 24 Julai 2011

Adakah kita mempunyai sahabat ?

Semua yang hidup perlu ada kawan. tak kira lah kawan baik, kawan XOXO etc. ada sesetengah orang pentingkan kawan lebih dari diri sendiri. Contohnya kawan comes 1st baru family.Kawan ialah mereka yang kita kenal. Ingat rupa dan nama mereka. Apabila kita terserempak dengan mereka di mana- mana, kita akan saling berbalas salam.”
Rakan ialah mereka yang selalu dengan kita. Pergi makan bersama, sebilik, keluar bersama, itulah yang saya panggil kawan. Sahabat? Sahabat ialah mereka yang berani menegur kesilapan kita,”
Tidak semua orang berani kritik. Yelah, nak jaga hati orang bukan senang. Tetapi saya menganggap sahabat sebagai orang yang sanggup membetulkan kita supaya berada di landasan betul.”
Ada orang mudah melenting apabila kita menegur kesilapan mereka, ada juga yang merajuk kalau ditegur dan ada juga yang masih mengatakan mereka betul walaupun kebenaran menunjukkan mereka sememangnya salah.
Tidak ramai yang boleh menganggap kritikan dan komen membina tapi pedas merupakan satu platform bagi memperbaiki diri bagi menjadi lebih hebat. Dulu, saya juga tidak terkecuali untuk berperasaan sebegitu.  
Setelah agak lama, saya sedar orang lain adalah pemerhati kita. Apa yang kita lakukan, tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah. Mungkin apa yang kita rasa betul, sebenarnya ia salah. Apa yang salah, tetapi orang lain menganggap ia betul.
 Kita mesti sentiasa berusaha majukan diri. Apa yang di rasakan hebat, sebenarnya mungkin suatu yang biasa di mata orang lain.
Tanamkan semangat sentiasa cabar diri untuk bergerak maju dari semasa ke semasa. Biarlah hari ini lebih baik daripada hari semalam, biarlah hari esok lebih hebat daripada hari ini.
Mencari seorang teman yang sanggup bersama kita ketika senang dan susah bukanlah senang kerana, bermula daripada kawan, teman dan barulah sahabat. ungkapan sahabat sangat berat diucapkan kerana tanpa pengorbanan pahit getir bersama mengharunginya dan tidak kira pada waktu senang atau susah tetap bersama hanya maut yang memisahkan hubungan dalam bersahabat itu. sahabat yang baik iaitu mereka yang selalu mendoakan kesejahteraan sahabatnya dunia dan akhirat dan yang paling penting menjaga rahsia dan segala keaiban bersama….jangan mudah ucapkan kata bersahabat andai diri tidak mampu dan jujur dalam persahabatan kerana ia adalah satu hubungan yang murni jika betul jalinan ukhwah yang dibina sepanjang hidup.
Hari ini terdapat golongan manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kawan,teman atau sahabat.Kepercayaan yg ada di salah gunakan UNTUK KEPENTINGAN DIRI. Ini menyebabkan kawan, teman atau sahabat yang setia menjadi mangsa pujuk rayu lemah lembut.Akhir terdampar keseorangan.

Tiada ulasan:

ARTWORK 2021

 ASSALAMUALAIKUM ..  SEBELUM PKP 3.0 NIE ADE LAH DESIGN Y SEMPAT BUAT ..  ALHAMDULILLAH WALAUPUN ODER DAPAT JARANG TAPI OK LAA .. SEMUA NIE ...