nuffnang

cik husna nuna

Selasa, 19 Julai 2011

RENUNGAN 1

TUHAN TIDAK ADIL..!!
            Dikisahkan pada satu ketika dahulu terdapat seorang petani yang hidupnya sangat miskin.. hidupnya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak, masing-masing masih kecil belaka.
            Kerjanya hanya menanam buah tembikai sahaja. Dengan keluasan tanah yang hanya sekangkang kera itulah dia bercucuk tanam dan menyara keluarganya. Pendapatannya tidak menentu. Jika musim hujan, buah tembikainya banyak yang rosak akibat akarnya buruk. Jika musim panas pula, banyak buahnya yang kekeringan.. ini membuatkan petani tersebut sering kecewa dengan hidupnya.
            TUHAN TIDAK ADIL!!! TUHAN BERLAKU ZALIM PADA AKU.!! Itulah kata-kata yang sering terpacul semasa dia mengerjakan kebunnya. Hatinya mengeluh dan mulutnya bersungut. Dia kecewa dengan Tuhan yang dirasakan tidak berlaku adil pada dirinya. Tanah demi tanah dicangkulnya..
Aku bekerja sejak aku muda, sehingga aku mempunyai keluarga dan anak, tetapi kenapa Tuhan tidak menjadikan aku kaya? Kenapa? Aku bekerja sejak pagi hingga ke petang, tapi aku sentiasa tidak cukup makan.. kenapa?..Dia terus merungut dan mencaci Tuhan..





TUHAN TIDAK ADIIIIIILLLLL..!!!!

Hari demi hari, pokok tembikai yang ditanamnya itu semakin membesar. Semakin membesar, namun semakin membesar jugalah kebencian petani tersebut kepada Tuhan.. dia tetap mengatakan bahawa Tuhan itu tidak adil.
‘Tengok..! pokok tembikai yang aku tanam ni kecil sahaja pokoknya, bahkan menjalar di atas tanah, tapi buahnya cukup besar. Lebih besar dari pokoknya..’.  Hatinya bertambah merungut melihatkan keadaan tersebut..
Lalu dia menuding jari pada sepohon pokok kayu, yang dinamakan pokok Cenerai oleh masyarakat sekitar, sambil berkata :
 ‘Pokok yang sebegini besar dan meninggi langit yang Tuhan ciptakan, tapi buahnya hanya kecil-kecil belaka, hanya sebesar perdu jari kelengking aku saja??’
Hatinya membara panas. Lalu bertempik “Tuhan tidak adiiiiiiiill’.
           
Hari kian beranjak ke tengahari.. bahang mentari semakin menggigit kulit gersang si petani.. Lalu si petani merehatkan diri sambil membasahkan tekak dengan air yang di bawanya. Angin dingin yang bertiup ditengah kebun itu membuai lena si petani yang mulutnya masih lagi mencaci tuhan..
           

Si petani lena di dalam kecewa.. tiba-tiba..
PAAAPPP… Sebutir buah Cenerai gugur dan betul-betul jatuh di atas batang hidung si petani tersebut. Si petani terkejut dari lenanya, dan mengambil buah Cenerai tersebut.. sedetik dia merenung buah Cenerai itu, air matanya mengalir bercucuran.. sambil menangis, dia berkata..
‘Alangkah baiknya Allah tidak menciptakan engkau sebesar tembikai..’



*Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.. Allah itu tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya *

Tiada ulasan: