Ahad, 24 Julai 2011

Renungan : Orang Yang Mencintai Dunia

Orang tamak itu berebut bangkai ibarat anjing,
Tidak pernah merasa cukup dengan rezeki melimpah,
Orang haloba itu berampas sampah dengan nasar,
Tidak puas dengan harta menompok,
Padahal sudah ditimbuni nikmat dan rahmat,
Tetapi masih suka menderhaka dan mengundang murka,
mereka terlalu cintakan dunia dan dambakan benda,
Kikir dan kedekut untuk beramal dan bersedekah,
Bakhil dan kemut dalam berbahagi dan berkongsi,
Padahal kekayaan Allah tidak terhitung dan tak luak-luak,
Mereka mengehar dunia sampai santak ke tiitk ajal,
Mereka terlupa mengumpul bekal ke negeri Kekal,
Umpama Abu Tsalabah tak endah khutbah Rasulullah :
   "Jika dicelupkan jarimu dilautan,
   Yang menitis air dihujung jarimu,
   Itulah dunia,
   Yang tertinggal di segara luas,
   Itulah akhirat."

Wahai Pencinta dunia,
Pelajari iktibar dari peristiwa Qarun ditelan bumi,
Binalah sempadan dari cerita Firaun diluluh lautan,
Kutiplah Teladan dari kisah Hamam diketik serangga.

Tiada ulasan:

ARTWORK 2021

 ASSALAMUALAIKUM ..  SEBELUM PKP 3.0 NIE ADE LAH DESIGN Y SEMPAT BUAT ..  ALHAMDULILLAH WALAUPUN ODER DAPAT JARANG TAPI OK LAA .. SEMUA NIE ...