Rabu, 6 Mac 2013

Kenapa Jodoh Lambat Datang?

1. Usaha Anda Belum Sempurna - Usaha sudah dibuat tetapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Ada orang sudah mandi bunga sampai 99 kali tetapi masih tidak bertemu jodoh. Kenapa? Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tetapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah mungkin anda patah semangat di tengah jalan. Oleh itu, cuba dan cuba lagi.

2. Diri Anda Belum Benar-Benar Bersedia - Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Adakah anda benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, dan kematangan.

3. Anda Tidak Ada Daya Penarik - Diri anda macam “magnet” yang boleh menarik bakal pasangan anda atau sesiapa pun untuk sayangi diri anda. Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati anda dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi, cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang. Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Anda Tidak Makbul - Berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah s.w.t. telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang. Juga, tetapkan hati anda yang mana satu jejaka yang anda mahu. Lakukan solat Istikharah untuk diberi petunjuk.

5. Restu Ibu Bapa Belum Sempurna - Jodoh tidak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan anaknya. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang rumit.

1 ulasan:

Admin berkata...

Memang kadang-kadang usaha belum sampai tahap yang hebat kita sudah cepat berputus asa..

Tapi jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya....

Di sini ada doa >>
Doa Minta Jodoh Sampai Cepat

ARTWORK 2021

 ASSALAMUALAIKUM ..  SEBELUM PKP 3.0 NIE ADE LAH DESIGN Y SEMPAT BUAT ..  ALHAMDULILLAH WALAUPUN ODER DAPAT JARANG TAPI OK LAA .. SEMUA NIE ...